Monday, July 11, 2011

SusuKuda@expexci (Pengenalan)


Susu kuda adalah manis kerana ia mengandungi banyak laktosa. Kandungan kaseinnya (protein susu) rendah dan baik untuk pencernaan. Kandungan lemaknya juga rendah.

Abstrak
Susu kuda mengandungi kandungan lemak yang rendah. Keserataan di- and tri-glycerides dalam susu kuda dan susu ibu adalah sama. Asid lemak polyunsaturated dalam susu kuda dan susu ibu adalah tinggi dari susu lembu. Kesamaan struktur dan fungsi susu kuda dengan susu ibu membolehkan ianya sesuai untuk nutrisi manusia. Susu kuda@expexci, diolah menjadi tablet manisan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.

Susu kuda mengandungi zat besi, vitamin A, B, B2, B6, B12, C, dan E serta mineral. Ia mengandungi peratusan protein yang rendah. Komposisinya yang baik bertindak sebagai antibodi semulajadi.



Kenapa Mengamalkan Memakan Produk Susu Kuda?
Kebanyakan manusia mengalami masalah kesihatan kerana berpunca dari gangguan flora usus perut yang boleh menyebabkan kekurangan mineral dan vitamin serta kelemahan antibodi sehingga berlakunya jangkitan bakteria.

Bakteria ini akan mengeluarkan toksid berbahaya yang menganggu usus dan kemudiannya menyalurkan ke dalam saluran darah. Gangguan pada usus ini boleh menyebabkan gangguan usus perut dan peningkatan asid dalam perut dan usus serta nausea. Impak pada pengaliran toksid dalam darah boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti keletihan, sakit kepala, masalah hati, masalah kulit, bronkitis, asma termasuk kanser.


Di Eropah produk susu kuda biasanya diamalkan bagi tujuan berikut :-
  • Membantu menguatkan tenaga badan,
  • Membantu memberi tenaga untuk mereka yang aktif bersukan,
  • Mengembalikan tenaga selepas demam,
  • Membantu menguatkan urat saraf,
  • Sebagai makanan tambahan yang kaya dengan mineral dan vitamin,
  • Membantu mengawal kolesterol,
  • Membantu memberi tenaga akibat keletihan, ketegangan dan penyakit,
  • Membantu mencuci usus perut yang kotor.



Links:

>Susukuda@expexci (tablet manisan)
>Khasiat Produk Susu Kuda
>Susu Kuda Terhadap Kesihatan
>Komposisi / kandungan Susu Kuda
>Peluang Keemasan