Susu Kuda mengandungi hanya 44 kalori setiap 100gm (atau 3.5273oz) dibandingkan dgn susu lembu (64gm) dan susu manusia (70gm). Tambahan pula laktosa (gula susu) bagi susu kuda adalah tinggi. Begitu juga albumin yang berfaedah untuk kebaikan proses pencernaan.
Petikan kata dari DR RENE MADELEYN, Jabatan Pediatrik, Hospital Stuttgart :
“Susu kuda mengandungi banyak antibodi yang membantu dalam menutrilisasi bakteria dan virus, Ianya merupakan susu haiwan yang paling hampir dengan susu manusia”
Komposisi | Susu Lembu | Susu Manusia | Susu Kuda |
Water (air) Protein % Fat % (lemak) Sugar %(gula) Acidity(Asid) Weight(Berat) C vitamin /liter | 87.2 3.5 4.5 4.7 18°T 1.033 | 87.4 2.4 3.9 5.8 - 1.02 | 92 2.1 1.8 6 8.5°T 1.032 85 |
Serbuk Tepung Susu kuda
Susu kuda dijual dalam keadaan segar, beku atau dalam bentuk serbuk tepung susu. Orang nomad Mongolia biasanya memelihara atau menjaga susu kuda dengan membekukan, mendidihkan dan membiarkan ia kering mengikut suhu persekitaran. Kini, susu kuda dapat dipelihara dalam bentuk serbuk tepung setelah melalui teknologi pengeringan, yang mana masih lagi dapat mengekalkan nutrisi yang terdapat pada susu kuda.links: