Susu kuda adalah baik dan sesuai dalam membantu fizikal kita seperti :-
Secara umumnya :-
Secara umumnya :-
- Memberikan tenaga.
- Meningkatkan keupayaan badan.
- Menambahkan tenaga.
- Membantu mempercepatkan pemulihan selepas sakit.
- Memberi kesan yang positif kepada fenomena menopause.
- Mengurangkan masalah kepada sendi dan otot.
- Menambah kandungan mineral dan vitamin dalam badan.
- Membantu mengawal paras kolesterol.
- Mengurangkan tekanan, keletihan dan sebagai tambahan untuk melawan penyakit.
- Sesuai kepada sakit-sakit disebabkan oleh usia tua.
- Sesuai di sediakan untuk menjadi pengganti kepada susu lembu yang mempunyai alergi kepada susu lembu.
Masalah metabolisma :-
- Membersihkan sistem dalaman.
- Membantu penghadaman.
Jantung dan salur darah :-
- Memberi kesan yang positif kepada jantung dan salur darah.
- Membersihkan darah.
- Melancarkan perjalanan darah.
Jantung dan peredaran darah yang tidak berfungsi dengan baik :-
- Pengambilan susu kuda oleh pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi memberi kesan yang positif yang mana susu kuda dapat mengembalikan tekanan darah kepada keadaan normal.
Anemia :-
- Susu kuda menunjukkan kandungan zat besi yang tinggi berbanding susu ibu dan susu lembu. Susu kuda terbukti berkesan terhadap anemia dengan menambahkan paras hemoglobin (sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan) [hemoglobin@wikipedia] di dalam darah.
- Susu kuda dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem pertahanan badan. Kesan susu kuda boleh diterangkan melalui kesan dari susu ibu yang mana susu ibu mengandungi albumin dan globulin (penghasilan antibodi) yang tinggi.
Fungsi perut :-
- Membolehkan fungsi perut berjalan dengan baik.
- Menghilangkan atau membuang angin di dalam perut.
- Menguatkan sistem perut.
Hati dan masalah penguraian lemak :-
- Pelbagai masalah hati (dari hepatitis kronik sehingga masalah kepada penguraian lemak yang mengakibatkan peningkatan tahap kolesterol) memerlukan diet yang kurang lemak, makanan yang mudah dihadam, dan pastinya tidak mengandungi alkohol. Susu kuda dapat memenuhi kriteria diet ini kerana fitrah semula jadi yang mana susu kuda secara lumrahnya memenuhi kriteria tersebut. Pengambilan susu kuda secara berterusan dapat merendahkan tahap kolesterol di dalam darah.
- Susu kuda dapat membaiki dan ini adalah baik kepada sel-sel hati yang rosak.
Otot, sendi dan tulang :-
- Susu kuda baik untuk otot yang lemah dan sendi.
- Menyokong otot, sendi dan tulang kepada aktiviti lasak seperti bersukan.
- Dapat membantu perkembangan dan penjagaan tulang.
Penjagaan dan terapi kanser :-
- Kebaikan susu kuda yang bertindak kepada sistem imunisasi, menggalakkan pembuangan toksid dalam badan dan pembentukan tekstur darah menjadikan susu kuda adalah baik untuk terapi kanser, dan lebih penting adalah membantu pesakit dalam menghadapi atau menangani penyakit kanser.
- Penyakit kanser memerlukan terapi radiasi dan kemoterapi, juga tidak boleh dielakkan perlu melalui pembedahan yang mana perlu di ambil perhatian terhadap keadaan fizikal pesakit keseluruhannya.
- Terapi kanser bukan hanya membunuh sel-sel kanser yang dihidapi pesakit tetapi juga ia merosakkan sel-sel lain (antaranya adalah sel akar rambut, sistem imunisasi dan kulit) mengakibatkan pesakit menanggung derita semasa dan selepas siri rawatan radiasi dan kemoterapi.
- Badan tidak lagi dapat melindungi dari jangkitan dan membiarkan terapi menjadi sistem pertahanan dalam melawan kanser yang berlarutan ke tempat lain dan juga penghasilan tumor kanser yang baru.
- Untuk melalui fasa kritikal ini dengan baik, untuk mengaktifkan sistem imunisasi yang baru, untuk membuang toksid melalui hati, ginjal dan penghasilan kulit baru dan memberi pesakit tenaga baru, susu kuda (cecair, serbuk tepung atau mana-mana produk yang mengandungi susu kuda) adalah sangat di galakkn.
Adalah jelas bahawa susu kuda bukanlah dapat menyembuhkan penyakit terutamanya penyakit yang tiada ubat, susu kuda hanya membantu dan memberikan kesan positif terhadap kesihatan dalam melawan pelbagai jenis penyakit.
Links: